Audio

Sunday 24 January 2016

TEMA DAN LOGO






TEMA DAN LOGO

Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 hingga kini.
Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

1970
MUHIBAH DAN PERPADUAN

1971
MASYARAKAT PROGRESIF

1972
MASYARAKAT ADIL

1973
MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA

1974
SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN

1975
MASYARAKAT KERDIKARI 1976



                         


 1976 ‐ KETAHANAN RAKYAT
 Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita‐cita kemakmuran dan keselamatan negara.
1977‐ BERSATU MAJU
 Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah‐tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.

1978 ‐ KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN 
Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai‐bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979 ‐ BERSATU BERDISIPLIN
 Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip‐prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1980 ‐ BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin
berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari‐hari.  

1981 ‐ BERDISIPLIN BERHARMONI 
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu.  

1982 ‐ BERDISIPLIN GIAT MAJU 
Logo tahun 1982 ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri‐ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna‐warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia


1983 ‐ BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN 
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.  

                                              
1984 ‐ AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah‐tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
                                                   
1985 ‐ NASIONALISME TERAS PERPADUAN 
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk‐bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai‐bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk‐bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut
                                              
1986 ‐ BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
 Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk‐bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.  


1987 ‐ SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU  
 Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah‐tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. 

1988 ‐ BERSATU 
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

1989 ‐ BERSATU   
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman‐berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.  

1990 ‐ BERJAYA 
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.  


1991 ‐ WAWASAN 2020   
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur‐jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. 

                                                     
1992 ‐ WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.  
1993 ‐ BERSATU MENUJU WAWASAN  
 Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita‐cita tinggi bagi mencapai wawasan. 

1994 ‐ NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
 Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.

1995 ‐ JATIDIRI PENGERAK WAWASAN
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara. Warna‐ warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna‐warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.  

1996 ‐ BUDAYA PENENTU KECAPAIAN  
 Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

1997 ‐ AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA 
  Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.

1998 ‐ NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
 Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik.

1999 ‐ BERSATU KE ALAF BARU 
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita‐cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar

2000‐2006 ‐ KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

2007 ‐ MALAYSIAKU GEMILANG 
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke‐50.

2008 ‐ Perpaduan Teras Kejayaan 
Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan ke‐51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”                                                   
                                                   
2009 – 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Logo ini melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan dan Rukun Negara
2010-1Malaysia Menjana Transformasi
Melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama , bermuafakat , berdikari , berfikir , dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa .

2011- 1 Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara . Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama , bermuafakat , berdikari , berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa








No comments:

Post a Comment