TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun,slogan,laingan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka .Ia merupakan penghayatan dan permahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.Erti kemerdekaan bukan sahj bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan ansir-ansir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli .Rakat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara negara di mana sahaja mereka berada.Dari sudut keselamatan , maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipuku oleh anggota keselamatan tetap turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat .
Kemerdekaan ini bukan takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu . sebagai rakyat yang bertanggungjawab , marilah terdahulu.Sebagai rakyat yang bertanggungjawab , marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara . Sematkan juga d dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada .
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kau terbesar iaitu Melayu , Cina ,dan India . Persefahaman ini telah menjadi resepi utaa perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia . Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia
No comments:
Post a Comment