Audio

Tuesday 26 January 2016

PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI

PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI


Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.



  1. SISTEM AHLI

    Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.


    MENTERI
    JAWATAN
    1.        Dato’ Onn bin Jaafar
    Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
    2.        EEC Thuraisingham
    Ahli Pelajaran
    3.        Tunku Yaakob
    Ahli Pertanian dan Perhutanan
    4.        Lee Tian Keng
    Ahli Kesihatan
    5.        Dato’ Mahmud Mat
    Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
    6.        J.D. Mead
    Ahli Kerja Raya dan Perumahan
    7.        J.D. Hodgkinson
    Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial
    8.        O.A. Spencer
    Hal Ehwal Ekonomi       

    Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli. Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.

    Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

  2. PILIHANRAYA TAHUN 1951

  1. Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

  1. PILIHANRAYA TAHUN 1952

    Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

    Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

    Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.
  2. PILIHANRAYA UMUM TAHUN 1955

    Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British.British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti berikut:(i) Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker.(ii) Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.(iii)  Sebelas orang dipilih mewakili negeri.(iv)   Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan dan pertubuhan.(v)    Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan Ceylon.(vi) Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.

No comments:

Post a Comment