Audio

Tuesday 26 January 2016

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Rundingan ke Arah Kemerdekaan
Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif. Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu:

“Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.”



Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan. Konflik ini timbul kerana berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan, sama ada di pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak lagi mendapati pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.




Misi Kemerdekaan Ke Landon
Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan  untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan , iaitu
  • Kerajaan british akan memberikan kemerdekaan pada 31 ogos 1957 
  • Tanah melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi
  • Selaras dengan tanggungjawap terhadap Komanwel ,British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini .
  • Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid
    SURUHANJAYA REID DAN MEMO PERIKATAN
    Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan:
  • Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen . 
  • Menjamin kedudukan Raja-raja
  • Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-Raja Melayu
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang melayu tanpa sebanyak menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
  • Menbentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama.

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah melayu .

Terdapat lima perkara utama di dalam 'pakatan murni' iaitu unsur bertolak ansur UMNO dari segi kewarganegaraan , kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu , agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu . Berikut adalah antara kandungannya
  • Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme)
  • Nama negara UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya)
  • Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi.
  • Penerusan Majlis Raja-raja
  • Kedudukan Islam sebagai agama negara
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    Dua perkara penting dalam 'pakatan murni ' iaitu pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa , Agama , kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu . Manakala bagi orang bukan Melayu pula , meraka mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir .


    PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
    Upacara pengistharan kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor . Upacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu . Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.

    Pada pagi 31 Ogos 1957 , Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan persekutuaan tanah Melayu di stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu Elizabeth

    Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang DI-Pertuan Besar Negeri Sembilan . Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di pertua Agong yang pertama. Di samping itu , ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957
    .




No comments:

Post a Comment