Audio

Tuesday 26 January 2016

KESIMPULAN

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Rundingan ke Arah Kemerdekaan
Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif. Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu:

“Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.”



Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan. Konflik ini timbul kerana berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan, sama ada di pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak lagi mendapati pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.




Misi Kemerdekaan Ke Landon
Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan  untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan , iaitu
  • Kerajaan british akan memberikan kemerdekaan pada 31 ogos 1957 
  • Tanah melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi
  • Selaras dengan tanggungjawap terhadap Komanwel ,British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini .
  • Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid
    SURUHANJAYA REID DAN MEMO PERIKATAN
    Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan:
  • Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen . 
  • Menjamin kedudukan Raja-raja
  • Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-Raja Melayu
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang melayu tanpa sebanyak menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
  • Menbentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama.

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah melayu .

Terdapat lima perkara utama di dalam 'pakatan murni' iaitu unsur bertolak ansur UMNO dari segi kewarganegaraan , kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu , agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu . Berikut adalah antara kandungannya
  • Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme)
  • Nama negara UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya)
  • Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi.
  • Penerusan Majlis Raja-raja
  • Kedudukan Islam sebagai agama negara
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    Dua perkara penting dalam 'pakatan murni ' iaitu pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa , Agama , kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu . Manakala bagi orang bukan Melayu pula , meraka mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir .


    PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
    Upacara pengistharan kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor . Upacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu . Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.

    Pada pagi 31 Ogos 1957 , Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan persekutuaan tanah Melayu di stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu Elizabeth

    Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang DI-Pertuan Besar Negeri Sembilan . Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di pertua Agong yang pertama. Di samping itu , ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957
    .




PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI

PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI


Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.



  1. SISTEM AHLI

    Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.


    MENTERI
    JAWATAN
    1.        Dato’ Onn bin Jaafar
    Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
    2.        EEC Thuraisingham
    Ahli Pelajaran
    3.        Tunku Yaakob
    Ahli Pertanian dan Perhutanan
    4.        Lee Tian Keng
    Ahli Kesihatan
    5.        Dato’ Mahmud Mat
    Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
    6.        J.D. Mead
    Ahli Kerja Raya dan Perumahan
    7.        J.D. Hodgkinson
    Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial
    8.        O.A. Spencer
    Hal Ehwal Ekonomi       

    Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli. Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.

    Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

  2. PILIHANRAYA TAHUN 1951

  1. Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

  1. PILIHANRAYA TAHUN 1952

    Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

    Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

    Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.
  2. PILIHANRAYA UMUM TAHUN 1955

    Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British.British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti berikut:(i) Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker.(ii) Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.(iii)  Sebelas orang dipilih mewakili negeri.(iv)   Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan dan pertubuhan.(v)    Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan Ceylon.(vi) Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.

PERTUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK


Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.
Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang kemerdekaan


  1. United Malays National Organization (UMNO)

    Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor
     telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh  UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu

  2. Malayan Indians Congress (MIC)
    MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu

    Malayan Chinese Association (MCA)
  3. MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.
  4. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

    PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.
  5. Parti  Islam Se-Malaya (PAS)

    PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO. Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.
  6. Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

    IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.
  7. Parti Buruh
    Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak(NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

VIDEO KEMERDEKAAN

Berikut kami sediakan video tentang detik-detik kemerdekaan Negara Malaysia .







Sunday 24 January 2016

DARURAT TANAH MELAYU

DARURAT TANAH MELAYU

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. 

PUNCA DARURAT

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942 sehingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasiolisme orang-orang Melayu pada masa itu.
Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945.Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.Ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Terutama sekali, individu-individu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun.Anggota-anggota komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan -- terutama sekali kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, PKM telah diharamkan.PKM menggunakan strategi, bersekongkol dengan pihak-pihak kesatuan sekerja yang ada pada waktu itu di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).Usaha untuk melakukukan mogok yang mendapat sokongan daripada pihak PKM, walau bagaimanapun, telah gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh pihak British untuk melemahkan PKM.Darurat kemudiannya diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.


KESAN DARURAT DARI SEGI POLITIK

Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana  mendapati penduduk Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British.Kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat agar tidak memihak kepada Komunis.Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman memainkan peranan penting dalam mencapai kemerderkaan.Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberikan kemerdekaan pada Tahun 1957.

Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala, terutamanya Parti Politik Berhaluan Kiri.Parti politik ini telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), Angkatan Wanita Sedar(AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf(API). Manakala pemimpin-pemimpinnya pula telah ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad.Tedapat juga parti-parti bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada pihak British. Namun kerajaan British masih membenarkan UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegitan mereka.Pada tahun1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan  Persekutuan terutamanya Datuk  Tan Cheng Lock telah memainkan perana penting dalam menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada Tahun 1949 yamg bertujuan membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan ini dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menolong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru.

Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan Pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan , Perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan . Kemenangan tersebut telah menggambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Tahun 1957

Pada peringkat ini Sistem Ahli juga diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri.Ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada perlbagai kaum. Melalui sistem ini, mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani surat perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian ini sangat penting kerana Perseketuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang mencukupi untuk menentang komunis. Perjanjian pethanan ini menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan yang Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka

KESAN DARURAT DARI SEGI EKONOMI

Manakala dari segi ekonomi kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membendung gerakan komunis. Bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan keselamatan. Perbelanjaan besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan sehingga tahun 1953. kedudukan kewangan ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.

Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah dan menyerang kenderaan awam. Sabotaj ini dilakukan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Perkara ini telah meyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung. Keadaan di Tanah melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur diTanah Melayu.

Terdapat banyak usaha dilakukan untuk membanteras darurat yang telah dijalankan oleh kerajaan British dan memberi kesan teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat.Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat.

Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan memindahkan penduduk Cina yang tinggal dikawasan luar Bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung ini dlengkapi dengan segala kemudahan dan dikawal rapi. Dianggarkan sebanyak 1 hingga 2 juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia berada dalam keadaan muflis.

KESAN DARURAT DARI SEGI SOSIAL

Manakala dari segi sosial menjalankan kempen memerangi komunis selama 12 tahun (1948-1960) yang meyebabkan rakyat hidup menderita akibat keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak mendapat perkejaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras juga berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petanitanpa diusahaka. begitu juga padi huma dan kerja-kerja lading yang lain seperti jaung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan dan catuan yang dikenakan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek.

Melalui undang-undnag darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahja yang dianggap megancam keselamatan Negara atau disayaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang ditempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang menyimpan senjata api tanpa permit akan dihukum bunuh.

Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina juga menjadi semakin serius. Orang Melyu menggangap semua orang Cina adalah komunis. Ketegangan ini telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti dato' oOnn Jaafar, Dato' E.E.C Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lok berusaha untuk merdekan ketegangan ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' E.E.C Thurasingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

Untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua kaum ini bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen "Kempen Memenangi Hati Dan Fikiran Rakyat" dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juri bicara kaum cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang cinadan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehinggatahun 1957. Mereka turut diberi hak untuk memiliki Tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan. Dengan cara ini kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan pada ketika itu.

Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran razak 1956 menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu.

Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Penubuhan ini telah menyebabkan orang Cina tertumpu di kawsan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti dikampung baru.

KESIMPULAN
Kesimpulannya darurat yang diisytiharkan telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu menghadapi pelbagai ancaman yang dilancarkan oleh komunis. Perkara ini telah menyebabkan penduduk mengalami penderitaan hidup sepanjang tempoh itu berlangsung dalam kehidupan harian mereka. Masalah perkauman juga sedikit sebanyak telah menganggu kegiatan ekonomi dan keselamatan negara dan kemudahan pendidikan juga tidak dapat diajalankan dengan baik kerana menghadapi ancaman daripada komunis.

TEMA DAN LOGO






TEMA DAN LOGO

Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 hingga kini.
Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

1970
MUHIBAH DAN PERPADUAN

1971
MASYARAKAT PROGRESIF

1972
MASYARAKAT ADIL

1973
MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA

1974
SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN

1975
MASYARAKAT KERDIKARI 1976



                         


 1976 ‐ KETAHANAN RAKYAT
 Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita‐cita kemakmuran dan keselamatan negara.
1977‐ BERSATU MAJU
 Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah‐tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.

1978 ‐ KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN 
Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai‐bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979 ‐ BERSATU BERDISIPLIN
 Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip‐prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1980 ‐ BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin
berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari‐hari.  

1981 ‐ BERDISIPLIN BERHARMONI 
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu.  

1982 ‐ BERDISIPLIN GIAT MAJU 
Logo tahun 1982 ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri‐ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna‐warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia


1983 ‐ BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN 
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.  

                                              
1984 ‐ AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah‐tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
                                                   
1985 ‐ NASIONALISME TERAS PERPADUAN 
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk‐bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai‐bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk‐bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut
                                              
1986 ‐ BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
 Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk‐bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.  


1987 ‐ SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU  
 Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah‐tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. 

1988 ‐ BERSATU 
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

1989 ‐ BERSATU   
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman‐berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.  

1990 ‐ BERJAYA 
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.  


1991 ‐ WAWASAN 2020   
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur‐jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. 

                                                     
1992 ‐ WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.  
1993 ‐ BERSATU MENUJU WAWASAN  
 Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita‐cita tinggi bagi mencapai wawasan. 

1994 ‐ NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
 Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.

1995 ‐ JATIDIRI PENGERAK WAWASAN
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara. Warna‐ warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna‐warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.  

1996 ‐ BUDAYA PENENTU KECAPAIAN  
 Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

1997 ‐ AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA 
  Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.

1998 ‐ NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
 Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik.

1999 ‐ BERSATU KE ALAF BARU 
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita‐cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar

2000‐2006 ‐ KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

2007 ‐ MALAYSIAKU GEMILANG 
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke‐50.

2008 ‐ Perpaduan Teras Kejayaan 
Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan ke‐51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”                                                   
                                                   
2009 – 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Logo ini melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan dan Rukun Negara
2010-1Malaysia Menjana Transformasi
Melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama , bermuafakat , berdikari , berfikir , dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa .

2011- 1 Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara . Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama , bermuafakat , berdikari , berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa